Wednesday 29 October 2008

Mukhayyam BA & Kem Bina Juara Peringkat Negeri Perlis 2008 (sila klik pada gambar untuk besarkan)


Peserta daripada SK Beseri
Dibelakang (berdiri) : Us Sofi
Duduk (Kiri): Us. Najmuddin, Us Zulkifli dan Us Ammar




Bergambar Beramai-ramai selepas tamat majlis penutup, ilal liqaa'
Diadakan di Kem Tasoh pada 23 hingga 24 yang lalu.

Sunday 26 October 2008

MKQ 2008

Peserta kuiz SKB setelah menerima hadiah.

GB SKB, Cg Rosle bin Ishak (berbaju batik dan bersongkok) turut turun padang memberikan sokongan...syukran!!

Peserta Kalam Jamaie SKB sebelum pertandingan bermula....releks jeeerr!!


Yang pulak hero-hero mewakili SKB dalam acara Dikir Barat Bahasa Arab.

**********************************


Bertempat di SK Arau, telah berlangsung Majlis Khatam al-Quran peringkat negeri Perlis pada 16 oktober 2008 yang lalu. Pelbagai acara dipertandingkan antaranya Dikir Barat (Bahasa Arab), Kalam al-Jamaie (coral speaking in arabic),kuiz dan tilawah.

SKB yang memakili Kawasan Pelajaran Paya dalam 3 acara iaitu Dikir Barat, Kalam al-Jamaie dan kuiz telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam acara Dikir Barat dan kuiz manakala tempat ke 4 dalam acara kalam al-Jamaie.

Tahniah diucapkan kepada semua murid-murid yang terlibat, tidak lupa juga guru-guru j-QAF yang terlibat secara langsung atau tidak khasnya buat Us. Najmuddin, Ust Norhasliza dan Ust Zuraini yang tidak jemu-jemu melatih anak-anak didik yang tercinta. Tidak lupa juga kepada guru muzik SKB yang tidak kedekut ilmu turut meminjamkan ilmunya kepada kami. Semoga pada tahun hadapan akan mendapat kejayaan yang lebih cemerlang!! jazakumullah...